Kelas Microsoft Office Excel

4 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 3 Disember 2019 telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Excel yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan berkaitan penggunaan serta fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Excel.

Mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk menambah border bagi membuat jadual, menukar font dan meletakan warna pada jadual waktu. Selepas diberikan penerangan, mereka diberikan latihan bagi menghasilkan jadual waktu dengan menggunakan Mircosoft Office Excel. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami fungsi dan kegunaan Microsoft Office Excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali